Saturday, April 25, 2015

Sejarah LAKSAMANA

Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu


Laksamana adalah satu jawatan tertinggi dalam sistem ketenteraan Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511). Dalam sistem Kerajaan Melayu Melaka tentera laut adalah yang paling utama iaitu berasaskan bahawa masyarakat Melayu ketika itu adalah pelaut dan ahli dalam pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana.

Menerujuk kepasa sejarah Kesultanan Melayu LAKSAMANA adalah gelaran kepada Pembesar Negeri yang dilantik oleh Sultan.

  1. Laksamana
    Ketua angkatan laut
    * Menjaga ketenteraman laut
    * Mengawal keselamatan sultan atau pengawal peribadi sultan
    * Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
    * Ketua duta
    * Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara
    * Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

Laksamana ialah pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia bertaraf empat bintang dan setara dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat dan Jeneral TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana disusun lebih rendah dari Laksamana Armada tetapi lebih tinggi dari Laksamana Madya. Di samping TLDMTentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut, (TNI-AL) juga menggunakan pangkat Laksamana dalam perkhidmatan mereka. Dalam struktur tentera laut, Laksamana dianggap setara dengan pangkat Admiral dan perkataan "Laksamana" sering digunakan dalam penulisan bahasa Melayu bagi merujuk pegawai tentera laut asing yang berpangkat Admiral. Di dalam TLDM, seorang laksamana biasanya memegang jawatan Panglima Tentera Laut atau Panglima Angkatan Tentera.

No comments:

Post a Comment